expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass '>

Thursday 18 October 2012

PEMILIHAN KAEDAH PENGAJARAN

Antara beberapa panduan untuk memilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi objektif yang tertentu :
  • Matlamat pengajarannya.
  • Bilangan pelajar
  • Minat dan pengalaman sedia da murid
  • Masa
  • Kebolehan dan pengetahuan guru 
  • Minat guru terhadap sesuatu kaedah
  • Kebolehan pelajar
  • Untuk memberi peluang pelajar untuk mempratikkan kemahiran dan membentuk sikap terhadap kemahiran tersebut.
  • Pencapaian pelajar yang dikehendaki
  • Sumber yang ada.

STRATEGI , KAEDAH , TEKNIK PENGAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey, 1996)

KAEDAH PENGAJARAN adalah cara menyampaiakn maklumat atau menjalankan maklumat pengajaran. Contohnya, kuliah, perbincangan, tunjuk ajar, demostrasi dan lain-lain.

TEKNIK PENGAJARAN ialah kemahiran spesifik dalam pengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara,, penggunaan papan hitam dan lain-lain lagi.

PERSEDIAAN MENGAJAR

Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan penentuan pencapaian matlamat.

Kepentingan Persediaan mengajar.
  • Memberikan keyakinan kepada guru untuk berhadapan dengan murid dalam menyampaikan isi pelajaran.
  • Membantu guru memikirkan secara mendalam tentang perkara yang akan diajar sebelum mengajar.
  • Membantu guru merancang media pengajaran yang akan digunakan semasa di dalam kelas.
  • Memastikan  semua maklumat yang hendak disampaiakn dimasukkan dalam persediaan mengajar.
  • Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan langkah disusun mengikut turutan.
  • Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah diajar atau belum.

PERANCANGAN PENGAJARAN

  • Memboolehkan guru menyusun isi pelajaran dengan teratur, mengikut turutan yang sesuai supaya pembelajaran murid berlangsung dengan berkesan.
  • Membantu guru menganggar masa yang diperlukan untuk setiap tajuk.
  • sebagai perancangan wal untuk menyediakan media pengajaran.
  • memastikan guru mempunyai rekod tentang perkara yang diajar. Rekod ini boleh digunakan untuk tujuan peperiksaan atau disemak oleh pentadbir jika perlu.
  • Membantu guru untuk mendapatkan gambaran  yang luas tentang keseluruhan mata pelajaran yang akan diajar supaya dapat melihat kesinambungan antara tajuk.
  • Membantu guru mengajar secara sistematik dan yakin.

MODEL ASSURE



Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi nsatu skop rekabentuk pengajaran yang luas.
Model ini telah mengalami perubahan dan penambahbaikan pada tahun 2002.

Model ASSURE yang terbaru.
A-Analyse learner(Analisis pelajar)
S-State objective(Nyatakan objektif)
S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan)
U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar)
E-Evaluate and revise (Nilai dan semak)

ANALISIS PELAJAR – Menganalisis semua ciri pelajar yang ada.
Ciri2 umum – deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar  dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.
kompetensi khusus peringkat masuk  berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.
stail pembelajaran – merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan media.Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik.

NYATAKAN OBJEKTIF
Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar Cuma ia merupakan tahap yang minimum tetntang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.Ini bermakna objektif harus difokuskan kepada apakah pengetauan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.
Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini :
Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
5 Langkah bagi penggunaan media yang baik.

  • Priview bahan  
  • Sediakan bahan  
  • Sediakan persekitaran  
  • Sediakan pelajar  
  • Sediakan pengalaman pembelajaran

LIBATKAN PELAJAR
Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.

NILAI DAN SEMAK
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek :

  • Menilai pencapaian pelajar  
  • Pembelajaran yang dihasilkan  
  • Menilai media dan kaedah  
  • Kualiti media  
  • Penggunaan guru  
  • Penggunaan murid.  
  • Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3  
  • Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria  
  • Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran  
  • Sikap pelajar.

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA
Antara garis panduan ketika menilai media:

  • Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar.  
  • Menyokong pemikiran tinggi(sokratik)  
  • Memperkembangakan kemahiran berfikir.  
  • Menyampai kandungan secara mendalam  
  • Meransang naluri ingin tahu pelajar  
  • Dapat melibatkan murid secara aktif  
  • Menghubungkaitkan bidang pelajaran 
  • Meningkatkan nilai murni.

Monday 15 October 2012

REKA BENTUK KURIKULUM : MODEL SAYLOR DAN ALEXANDER

Proses perkembangan kurikulum terbahagi kepada empat peringkat :

  1. Tujuan, objektif dan bidang - bermula dengan menentukan tujuan utama dan objektif yang ingin dicapai. 4 bidang utama perlu diambil kira dalam menentukan objektif iaitu ; pembangunan insan, perhubungan sesama insan, kemahirann belajar dan pengkhususan.
  2. Reka bentuk kurikulum - Dalam peringkat ini, penggubal kurikulum harus menentukan isi kandungan, organisasi isi kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan isi kandungan yang telah dipilih tadi.
  3. Perlaksanaan kurikulum - Setelah reka bentuk kurikulum dikenalpasti, rancangan pengajaran boleh disediakan.Kaedah dan bahan yang hendak digunakan ketika pengajaran boleh dipilih dan disediakan.
  4. Penilaian kurikulum - teknik2 penilaian perlu dipilih daripada pelbagai jenis tenik-teknik penilian sedia ada agar dapat dinilai dengan sebenar-benarnya. Penilaian mestilah ditumpukan kepada perancangan kurikulum, kualiti pengajaran dan tingkah laku pembelajaran murid.

REKA BENTUK KURIKULUM : MODEL TYLER



Model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal-saintifik yang terbaik.Buku yang bertajuk Basis Principles of Curriculum and Instruction yang diterbitkan oleh beliau(1949) telah menggariskan rasional nagi menyelidik masalah-masalah kurikulum dan pengajaran.
Tyler menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam kurikulum inkuiri seharusnya berusaha mendefinisikan :

  • Tujuan sekolah

  • Pengalaman pendidikan yang berkait dengan tujuan sekolah.

  • Organisasi pengalaman tersebut.

  • Penilaian ke atas tujuan sekolah.

TUJUAN SEKOLAH membawa maksud objektif sesebuah sekolah. Perancang kurikulum seharusnya mengenalpasti objektif umum ini dengan mengumpul data daripada tiga sumber iaitu, mata pelajaran, pelajar dan masyarakat. Setelah data berikut telah dikumpulkan dan setelah dapat mengenalpasti  pelbagai objektif umum ini, perancang kurikulum itu seharusnya memperincikannya dengan membuat saringan melalui dua tapisan iaitu falsafah sekolah berkenaan dan psikologi pembelajaran. Apa yang terhasil daripada saringan atau tapisan itu ialah objektif pengajaran yang khusus.

Seterusnya Tyler membincangkan bagaimana untuk memilih pengalaman pembelajaran yang memungkinkan objektif pengajaran tadi tercapai. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi yang dialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih berdasarkan pandanga n berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau pembangunan insan.

Berhubung tentang organisasi dan urutan pengalaman pula, Tyler mendakwa bahawa tertib atau aturan pengalaman itu seharusnya sistematik agar dapat menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum. Beliau menyatakan bahawa unsur penyusunan seperti idea, konsep, nilai dan kemahiran seharusnya disulam sebagai benang di dalam struktur  kurikulum. Unsur-unsur utama seharusnya bertindak sebagai pengurus, jalan dan kaedah pengajaran dan unsur tadi seharusnya dapat mengaitkan pengalaman dan pembelajaran yang berlainan dalam subjek yang berlainan.

Prinsip Tyler yan terakhir mengambil kira proses menilai keberkesanan proses perancangan dan perlaksanaan kurikulum. Penilaian adalah penting untuk perkembangan kurikulum mengikut pendapat Tyler. Penilaian menjadi panduan sama ada program itu harus dikekalkan atau diperbaiki.

Friday 12 October 2012

CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISM

  1. Menekankan pembelajaran dan bukannya pengajaran.
  2. Meggalakkan daya usaha dan autonomi pelajar.
  3. Melihat pelajar sebagai makhluk dan berkeupayaan dan bertujuan.
  4. Memikirkan pembelajaran sebagai satu proses mengalakkan pelajar belajar dengan pertanyaan (pembelajaran secara inkuiri)
  5. Mengakui pengalaman sebagai peranan kritikal dalam proses pembelajaran.
  6. Menyuburkan sifat semulajadi ingin tahu murid.
  7. Mengambil kira model pemikiran pelajar.
  8. Menekankan pelaksanaan dan kefahaman ketika melakukan penilaian pembelajaran.
  9. Mendasarkan dirinya kepada prinsip-prinsip teori kognitif.
  10. Menggunakan secara leluasa istilah-istilah dalam teori kognitif seperti meramalkan, mereka bentuk dan menganalisis.
  11. Menimbangkan bagaimana pelajar belajar.
  12. Menggalakkan pelajar mengadakan perbincangan dengan pelajar lain dan dengan pendidik.
  13. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
  14. Melibatkan pelajar dengan situasi kehidupan yang sebenar.
  15. Menekankan konteks di mana pembelajaran berlaku.
  16. Menimbangkan kepercayaan dan sikap pelajar.
  17. Memberi pelajar peluang untuk membina ilmu dan kefahaman baru daripada pengalaman yang asli.

Tuesday 9 October 2012

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Definisi Pendidikan Khas :

"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"
Hallahan dan Kauffman(2006)

"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"
Gargiulo(2003)

"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"
Friend (2005)

"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"
Mansor (2005)


Monday 8 October 2012

PENDEKATAN OBJEKTIVISME dan KONTRUKTIVISME

PENDEKATAN OBJEKTIVISME
  1. Guru bertindak sebagai penyampai.
  2. Murid bertindak hanya sebagai penerima dan akur dengan apa yang disampaikan oleh guru tanpa sebarang respon.
  3. Isi pelajaran dan aktiviti murid dirancang dengan format tertentu yang telah ditetapkan.
  4. Penilaian pencapaian murid sepenuhnya berdasarkan kepada soalan dan jawapan yang telah ditetapkan oleh guru.
  5. Guru sebagai pemutus tentang apa yang perlu dipelajari oleh murid.
  6. Suasana pembelajaran lebih terancang dan mudah dikawal.

PENDEKATAN KONTRUKTIVISME

  1. Guru bertindak sebagai pemudahcara yang membimbing murid.
  2. Murid sebagai pembina ilmu melalui usaha dan kreativiti mereka sendiri.
  3. Murid memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru melalui aktiviti yang bebas tetapi terkawal.
  4. Murid berpeluang membuat penilaian kendiri.
  5. Murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajari, siapa yang patut mengajar dan bagaimana hendak belajar.
  6. Suasana pembelajaran lebih bebas dan sukar dikawal.

RUMUSAN

  • Kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.
  • Boleh digunakan dengan berkesan berdasarkan kesesuaian dengan tajuk serta isi pelajaran, tahap kebolehan murid, jangka masa dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
  • Pendekatan objektivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek kognitif sementara pendekatan kontruktivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek afektif dan psikomotor.

Sunday 7 October 2012

LIRIK LAGU TERIMA KASIH GURU NAJWA LATIFF


SETIAMU CIKGU KEPADA KAMI
MEMBEKALKAN ILMU UNTUK MASA DEPAN
DARI A B C D E 1 2 DAN 3
HINGGA AKU TAHU BACA DAN KIRA

C/O : TAK TERHINGGA PERGORBANANMU
HINGGA AKU BESAR KAN KU INGAT SELALU........
TERIMA KASIH, PADAMU CIKGU
JASAMU AKAN KU KENANG SELALU
TAK PERNAH LELAH TUN JUK AJARKU
TERIMA KASIH KU KEPADA MU CIKGU

TERIMA KASIH CIKGU
KAU LAH PELITA HIDUP BAGI KAMI SEMUA
MENUJU JALAN KE ARAH YANG BENAR
PENUH IKHLAS DAN TULUS MEMBIMBING DAN MENGAJAR
UNTUK MEMASTIKAN KAMI BERJAYA

C/O : TAK TERHINGGA PERGORBANANMU
HINGGA AKU BESAR KAN KU INGAT SELALU........
TERIMA KASIH, PADAMU CIKGU
JASAMU AKAN KU KENANG SELALU
TAK PERNAH LELAH TUN JUK AJARKU
TERIMA KASIH KU KEPADA MU CIKGU



Terima kasih kepada Najwa Latif dan Upin-Ipin kerana merealisasikan lagu ini untuk kami yang bergelar cikgu. Sungguh terharu dengan lagu ini.

LIRIK LAGU "TERIMA KASIH, CIKGU"

HARI PERTAMA MASUK SEKOLAH
TAK PANDAI MEMBACA, MENGIRA
TETAPI CIKGU BEGITU TABAH
MENGAJAR KAMI SUNGGUH2

BERMULA A B C SAMPAI Z
HITUNG 1 SAMPAI 10
BARU EJAAN DAN KIRA-KIRA
KAMI BELAJAR DENGAN LANCAR
BERKAT KESABARAN GURU BIJAKSANA
MEMBERI PELBAGAI PETUNJUK

HARI DEMI HARI
KAMI PUN MENGERTI
PELAJARAN NILAINYA TINGGI
KAMI INGAT SETIAP MASA
JASA GURU MENDIDIK BANGSA
SAMBUTLAH INI UCAPAN KAMI
TERIMA KASIH, CIKGU.

KAEDAH BERPUSATKAN GURU



Berbeza dengan kaedah berpusatkan murid, kaedah ini merupakan satu pendekatan pengajaran di mana aktiviti kelas tertumpu hanya kepada guru. Pelajaran berpusatkan guru amnya dikaitkan dengan pendekatan tradisional kepada pembelajaran bahasa, tetapi aktiviti berpusatkan guru boleh menjadi berguna dalam pelbagai cara dalam pengajaran.

Ada waktunya guru perlu melaksanakan pengajaran berpusatkan guru, berdasarkan kepada ciri pelajar, suasana persekitaran dan isi kandungan pelajaran.
Ciri-ciri pendekatan ini ialah :

  • Guru memainkan peranan penting.
  • Komunikasi sehala di mana guru banyak bercakap.
  • Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
  • Penyampaian fakta secara menghafal, bermakna pembelajaran adalah berbentuk mengingat isi pelajaran.

Antara kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan guru ialah :

  • Demonstrasi – satu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu cara atau perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid.
  • Soal jawab – merupakan satu aspek penting yang boleh membawa murid kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Berupaya membantu murid mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran murid.
  • Bercerita – Guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN MURID



Satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian adalah berfokuskan kepada murid.
Ciri-ciri :

  • Murid memainkan peranan penting
  • Komunikasi dua hala. 
  • Guru lebih banyak menyoal serta membimbing.
  • Objektif pencapaian murid diutamakan.
  • Peluang interaktif di antara murid adalah positif.
Pendekatan ini bertujuan : 
  • Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran.
  • Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri.
  • Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian.

Antara kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan murid ialah :

  • Simulasi – murid melakonkan watak di dalam satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar.
  • Perbincangan – satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid akan bekerjasama antara satu sama lain berkongsi pendapat dalam mencari jawapan/penyelesaian bagi sesuatu masalah.
  • Sumbangsaran – satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada murid.
  • Lawatan luar – membawa sekumpulan pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu.