Tindakan semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian.
Semasa merancang, anda digalakkan menumpukan perhatian
kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi
kandungan. Ini adalah bertujuan memastikan agar murid dapat mencapai hasil
pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh
itu, ianya perlu fleksibel dab boleh diubah mengikut keperluan.
Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap
perkara-perkara yang berikut :
1.Menyediakan rancangan
pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
2.Penulisan hasil
pembelajaran/objektif
- Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan
aras kebolehan serta minat murid-murid.
- Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu
situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.
a)Objektif implisit :
melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui
atau
menghargai sesuatu yang telah diajar.
b)Objektif eksplisit : melibatkan perubahan
tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan,
menjelaskan, memberikan
contoh, menunjukkan cara yang betul terhadapa apa yang telah
diajarkan.
- Pernyataan
objektif pengajaran hendaklah ditulis
berasaskan 3 kriteria
a)Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.
b)Keadaan
atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.
c)Hasil yang akan murid
perolehi.
3.Pemilihan isi
pelajaran
Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip,
fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya
mempertimbangkan perkara-perkara berikut :
- Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif
pelajaran.
- Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur,
mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
- Isi pelajaran hendaklah
bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.
- Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat
digunakan.
- Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mengcakupi masa yang
diperuntukkan.
- Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
4.Pemilihan strategi,
kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan
beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan
konstruktiviti, inkuiri, dan masteri. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi
ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi
menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.
Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan
merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan.Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika
memilih strategi pengajaran :-
- Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
- Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid
- Haruslah
berpusat kepada murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
- Boleh
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, mendorong dan
menyeronokkan.
- Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.
- Berupaya mengcakupi unsur
penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai
murni.
Kaedah ialah suatu tindakan yang bersistematik dan berurutan
serta bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu
pelajaran. Kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sessuatu objektif dengan
langkah-langkah yang tersusun.
Contoh-contoh kaedah ialah simulasi, tunjuk cara, kuiz dan
sebagainya.
Manakala teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang
terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan
kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.