- Matlamat pengajarannya.
- Bilangan pelajar
- Minat dan pengalaman sedia da murid
- Masa
- Kebolehan dan pengetahuan guru
- Minat guru terhadap sesuatu kaedah
- Kebolehan pelajar
- Untuk memberi peluang pelajar untuk mempratikkan kemahiran dan membentuk sikap terhadap kemahiran tersebut.
- Pencapaian pelajar yang dikehendaki
- Sumber yang ada.
Showing posts with label PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN. Show all posts
Showing posts with label PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN. Show all posts
Thursday, 18 October 2012
PEMILIHAN KAEDAH PENGAJARAN
Antara beberapa panduan untuk memilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi objektif yang tertentu :
STRATEGI , KAEDAH , TEKNIK PENGAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey, 1996)
KAEDAH PENGAJARAN adalah cara menyampaiakn maklumat atau menjalankan maklumat pengajaran. Contohnya, kuliah, perbincangan, tunjuk ajar, demostrasi dan lain-lain.
TEKNIK PENGAJARAN ialah kemahiran spesifik dalam pengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara,, penggunaan papan hitam dan lain-lain lagi.
KAEDAH PENGAJARAN adalah cara menyampaiakn maklumat atau menjalankan maklumat pengajaran. Contohnya, kuliah, perbincangan, tunjuk ajar, demostrasi dan lain-lain.
TEKNIK PENGAJARAN ialah kemahiran spesifik dalam pengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara,, penggunaan papan hitam dan lain-lain lagi.
PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan penentuan pencapaian matlamat.
Kepentingan Persediaan mengajar.
Kepentingan Persediaan mengajar.
- Memberikan keyakinan kepada guru untuk berhadapan dengan murid dalam menyampaikan isi pelajaran.
- Membantu guru memikirkan secara mendalam tentang perkara yang akan diajar sebelum mengajar.
- Membantu guru merancang media pengajaran yang akan digunakan semasa di dalam kelas.
- Memastikan semua maklumat yang hendak disampaiakn dimasukkan dalam persediaan mengajar.
- Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan.
- Memastikan langkah disusun mengikut turutan.
- Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah diajar atau belum.
PERANCANGAN PENGAJARAN
- Memboolehkan guru menyusun isi pelajaran dengan teratur, mengikut turutan yang sesuai supaya pembelajaran murid berlangsung dengan berkesan.
- Membantu guru menganggar masa yang diperlukan untuk setiap tajuk.
- sebagai perancangan wal untuk menyediakan media pengajaran.
- memastikan guru mempunyai rekod tentang perkara yang diajar. Rekod ini boleh digunakan untuk tujuan peperiksaan atau disemak oleh pentadbir jika perlu.
- Membantu guru untuk mendapatkan gambaran yang luas tentang keseluruhan mata pelajaran yang akan diajar supaya dapat melihat kesinambungan antara tajuk.
- Membantu guru mengajar secara sistematik dan yakin.
Friday, 12 October 2012
CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISM
- Menekankan pembelajaran dan bukannya pengajaran.
- Meggalakkan daya usaha dan autonomi pelajar.
- Melihat pelajar sebagai makhluk dan berkeupayaan dan bertujuan.
- Memikirkan pembelajaran sebagai satu proses mengalakkan pelajar belajar dengan pertanyaan (pembelajaran secara inkuiri)
- Mengakui pengalaman sebagai peranan kritikal dalam proses pembelajaran.
- Menyuburkan sifat semulajadi ingin tahu murid.
- Mengambil kira model pemikiran pelajar.
- Menekankan pelaksanaan dan kefahaman ketika melakukan penilaian pembelajaran.
- Mendasarkan dirinya kepada prinsip-prinsip teori kognitif.
- Menggunakan secara leluasa istilah-istilah dalam teori kognitif seperti meramalkan, mereka bentuk dan menganalisis.
- Menimbangkan bagaimana pelajar belajar.
- Menggalakkan pelajar mengadakan perbincangan dengan pelajar lain dan dengan pendidik.
- Menyokong pembelajaran secara koperatif.
- Melibatkan pelajar dengan situasi kehidupan yang sebenar.
- Menekankan konteks di mana pembelajaran berlaku.
- Menimbangkan kepercayaan dan sikap pelajar.
- Memberi pelajar peluang untuk membina ilmu dan kefahaman baru daripada pengalaman yang asli.

Monday, 8 October 2012
PENDEKATAN OBJEKTIVISME dan KONTRUKTIVISME
PENDEKATAN OBJEKTIVISME
PENDEKATAN KONTRUKTIVISME
RUMUSAN
- Guru bertindak sebagai penyampai.
- Murid bertindak hanya sebagai penerima dan akur dengan apa yang disampaikan oleh guru tanpa sebarang respon.
- Isi pelajaran dan aktiviti murid dirancang dengan format tertentu yang telah ditetapkan.
- Penilaian pencapaian murid sepenuhnya berdasarkan kepada soalan dan jawapan yang telah ditetapkan oleh guru.
- Guru sebagai pemutus tentang apa yang perlu dipelajari oleh murid.
- Suasana pembelajaran lebih terancang dan mudah dikawal.
PENDEKATAN KONTRUKTIVISME
- Guru bertindak sebagai pemudahcara yang membimbing murid.
- Murid sebagai pembina ilmu melalui usaha dan kreativiti mereka sendiri.
- Murid memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru melalui aktiviti yang bebas tetapi terkawal.
- Murid berpeluang membuat penilaian kendiri.
- Murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajari, siapa yang patut mengajar dan bagaimana hendak belajar.
- Suasana pembelajaran lebih bebas dan sukar dikawal.
RUMUSAN
- Kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.
- Boleh digunakan dengan berkesan berdasarkan kesesuaian dengan tajuk serta isi pelajaran, tahap kebolehan murid, jangka masa dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
- Pendekatan objektivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek kognitif sementara pendekatan kontruktivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek afektif dan psikomotor.
Sunday, 7 October 2012
KAEDAH BERPUSATKAN GURU
Berbeza
dengan kaedah berpusatkan murid, kaedah ini merupakan satu pendekatan
pengajaran di mana aktiviti kelas tertumpu hanya kepada guru. Pelajaran
berpusatkan guru amnya
dikaitkan dengan pendekatan
tradisional kepada pembelajaran bahasa,
tetapi aktiviti berpusatkan
guru boleh menjadi
berguna dalam pelbagai cara dalam pengajaran.
Ada
waktunya guru perlu melaksanakan pengajaran berpusatkan guru, berdasarkan
kepada ciri pelajar, suasana persekitaran dan isi kandungan pelajaran.
Ciri-ciri
pendekatan ini ialah :
- Guru memainkan peranan penting.
- Komunikasi sehala di mana guru banyak bercakap.
- Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
- Penyampaian fakta secara menghafal, bermakna pembelajaran adalah berbentuk mengingat isi pelajaran.
Antara
kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan guru ialah :
- Demonstrasi – satu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu cara atau perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid.
- Soal jawab – merupakan satu aspek penting yang boleh membawa murid kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Berupaya membantu murid mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran murid.
- Bercerita – Guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN MURID
Satu
pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan
penilaian adalah berfokuskan kepada murid.
Ciri-ciri :
- Murid memainkan peranan penting
- Komunikasi dua hala.
- Guru lebih banyak menyoal serta membimbing.
- Objektif pencapaian murid diutamakan.
- Peluang interaktif di antara murid adalah positif.
- Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran.
- Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri.
- Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian.
Antara
kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan murid ialah :
- Simulasi – murid melakonkan watak di dalam satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar.
- Perbincangan – satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid akan bekerjasama antara satu sama lain berkongsi pendapat dalam mencari jawapan/penyelesaian bagi sesuatu masalah.
- Sumbangsaran – satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada murid.
- Lawatan luar – membawa sekumpulan pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu.
PERANCANGAN PENGAJARAN GURU
"By failing to prepare, you are preparing to fail"
- Benjamin Franklin
Berdasarkan pepatah ini, maka bererti bahawa sesuatu
perancangan itu amat memainkan peranan penting terutamanya dalam bidang
perguruan. Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran
mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih
teruk jika dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang
sesuatu projek, misalnya.
Di dalam
tajuk ‘ Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah’ ini,
bakal dihuraikan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester, Rancangan
Pengajaran dan Pembelajaran Harian, Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester
serta Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah.
Setiap
daripada insan yang bergelar seorang
guru amat menyedari bahawa setiap pengajaran yang bakal dilaksanakan perlulah
melalui proses perancangan terlebih dahulu. Tidak kira sama ada guru tersebut
telah berpengalaman lama mahu pun guru yang baru, perlulah membuat perancangan
yang teliti untuk mencapai kejayaan dalam pengajarannya seterusnya dapat
mencapai objektif sesuatu kurikulum.
Berikut ialah kerangka konsep di bawah tajuk
‘Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah’ :
PERANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan
Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan
Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal
semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai
panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu
dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.
“ 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini,
berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii)
Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua,Guru Besar atau wakilnya hendaklah
memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan
yang mutakhir”
(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara
ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat
seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan
kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah
disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.
la haruslah diurus dengan
sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang
berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran
Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Petikan daripada
SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9
Mac 1999
Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi
hal-hal yang berikut :
1.Skop kemahiran bagi setahun
2.Senarai kemahiran-kemahiran
3.Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
4.Rujukan sukatan pelajaran.
Persoalannya mengapakah
Rancangan Pengajaran Tahuanan/Semester ini amat penting bagi seseorang
pelaksana kurikulum? Mengapakah dokumen ini amat dititkberatkan oleh
kementerian? Menjawab persoalan ini ialah :
- Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
- Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.
- Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-murid.
- Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya tanpa teraba-teraba untuk meneruskan pengajaran.
- Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan.
- Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah
1.2
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Defenisi Rancangan Pelajaran
Harian
“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat
seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh
mana objektif itu tercapai”
Petikan daripada
SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9
Mac 1999
Dalam erti kata lain,
Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan
juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi
beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif
yang telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada
dalam Rancangan Pengajaran Harian :
ü Kumpulan
sasaran (Kelas)
ü Tarikh
dan masa
ü Mata
pelajaran
ü Tema/Tajuk
ü Bidang
pembelajaran
ü Tujuan
ü Hasil
pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
ü Konsep
utama
ü Bahan,
pealatan dan bahan sumber.
ü Langkah
keselamatan/berjaga-jaga
ü Strategi/Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
ü Penaksiran
dan penilaian pembelajaran.
Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan
Pengajaran Harian :-
1. Menentukan
serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
2. Meningkatkan
keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
3. Mengelak
sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
4. Menentukan
isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
5. Menentukan
strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu
murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang
dikehendaki.
6. Menggunakan
masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan
bersistem.
7. Merancang
penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
8. Mengembangkan
pengajaran secara lancar dan tersusun.
9. Mengehadkan
skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
10. Membantu
guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.
PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
1.4.1
Tindakan semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian.
Semasa merancang, anda
digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid
berbanding penyampaian isi kandungan. Ini adalah bertujuan memastikan agar
murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan pengajaran
memandu tindakan dan oleh itu, ianya perlu fleksibel dab boleh diubah mengikut
keperluan.
Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap perkara-perkara
yang berikut :
Ø
Menyediakan
rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah.
Ø
Penulisan
hasil pembelajaran/objektif
-
Objektif pembelajaran perlulah realistik
dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid.
-
Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu
situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.
-
Objektif implisit : melibatkan perubahan
tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu
yang telah diajar.
-
Objektif eksplisit : melibatkan
perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan,
memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul terhadapa apa yang telah
diajarkan.
-
Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3
kriteria
i.
Tingkah laku murid yang boleh dilihat
atau diukur.
ii.
Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi
sesuatu tingkah laku.
iii.
Hasil yang akan murid perolehi.
Ø
Pemilihan
isi pelajaran
Isi
pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang
disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya mempertimbangkan
perkara-perkara berikut :
i.
Penyusunan isi adalah relevan dengan
objektif-objektif pelajaran.
ii.
Penyusunan isi pelajaran hendaklah
mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih
kekal.
iii.
Isi pelajaran hendaklah bermula dengan
pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.
iv.
Bahasa
yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.
v.
Isi pelajaran yang dirancang hendaklah
mengcakupi masa yang diperuntukkan.
vi.
Isinya perlu dikemaskini mengikut
perkembangan semasa.
Ø Pemilihan strategi, kaedah, teknik
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan
Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori
pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti, inkuiri, dan masteri.
Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu
memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan
pengajaran yang mantap dan berkesan.
Strategi
merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan
teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.Berikut
adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran :-
i.
Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
ii.
Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal
minat murid-murid
iii.
Haruslah berpusat kepada murid-murid
dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
iv.
Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan.
v.
Turut perlu mengambil kira
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan
melukis.
vi.
Berupaya mengcakupi unsur penyerapan isi
daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.
Subscribe to:
Posts (Atom)




