- Guru bertindak sebagai penyampai.
- Murid bertindak hanya sebagai penerima dan akur dengan apa yang disampaikan oleh guru tanpa sebarang respon.
- Isi pelajaran dan aktiviti murid dirancang dengan format tertentu yang telah ditetapkan.
- Penilaian pencapaian murid sepenuhnya berdasarkan kepada soalan dan jawapan yang telah ditetapkan oleh guru.
- Guru sebagai pemutus tentang apa yang perlu dipelajari oleh murid.
- Suasana pembelajaran lebih terancang dan mudah dikawal.
PENDEKATAN KONTRUKTIVISME
- Guru bertindak sebagai pemudahcara yang membimbing murid.
- Murid sebagai pembina ilmu melalui usaha dan kreativiti mereka sendiri.
- Murid memperolehi pengalaman dan pengetahuan baru melalui aktiviti yang bebas tetapi terkawal.
- Murid berpeluang membuat penilaian kendiri.
- Murid boleh menentukan apa yang hendak dipelajari, siapa yang patut mengajar dan bagaimana hendak belajar.
- Suasana pembelajaran lebih bebas dan sukar dikawal.
RUMUSAN
- Kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.
- Boleh digunakan dengan berkesan berdasarkan kesesuaian dengan tajuk serta isi pelajaran, tahap kebolehan murid, jangka masa dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
- Pendekatan objektivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek kognitif sementara pendekatan kontruktivisme lebih sesuai untuk pembelajaran yang mementingkan aspek afektif dan psikomotor.
No comments:
Post a Comment