PENGENALAN
MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM
Sistem Pendidikan Malaysia
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada
perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini
digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab
dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun,
kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan
dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa
asas. Kurikulum yang berteraskan
falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh
meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum
ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan
oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu
rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada
ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid
pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh
itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu
wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia
juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik
dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM
Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu
dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan
objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu
kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk
kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk
memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan
Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa
Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran
yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata
pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi
memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam
pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat
bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan
(Mohd Daud, 1994)
MAKSUD KURIKULUM
- Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.
- Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan. (Wikipedia, ensiklopedia bebas).
- Kurikulum berasal daripada perkataan Latin “currere” maksud “race course” atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
- Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
- Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.
- Penyampaian maklumat ikut peringkat.
- Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.
- Membina modal insan abad ke 21.
- Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)
- Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.
- Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.
FALSAFAH PENDIDIKAN
KURIKULUM
- Idealisme - Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
- Realisme - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat.
- Paramatisme - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
- Perianelisme - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
- Essentialisme - Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran.
- Progressivesme - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.
- Rekonstrutionalisme - Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu.
- Eksistentialisme - Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.
PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA
Kurikulum
kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam
menangani cabaran semasa dan masa depan.
Transformasi
kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri
dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara
memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan Modal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar
celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan
maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan
ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan
berterusan.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan
kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam
pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu
dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk
untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan
sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri
yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang
kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di
Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan
seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama:
sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab
dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang
ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama
antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan
kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah
penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu
meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang
tinggi dan sempurna.
HALA TUJU KURIKULUM
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan.
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah
rendah.
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan.
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan.
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah
rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.
Sekolah yang telah melaksanakan
Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di
Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA
TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan
perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi,
sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
memberikan maksud tarnsformasi sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa atau
keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa maksud proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan kurikulum
persekolahan sedia ada dengan mengambil
kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum : struktur
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan
pengurusan sekolah.
“Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara” (1988 –
Falsafah Pendidikan Negara)
Sebarang
perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat
pembangunan manusia dan Negara.
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau
kelas khas
sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah
hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang
pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan
dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak.Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak.Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.
No comments:
Post a Comment