expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass '>

Sunday 7 October 2012

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Defenisi Rancangan Pelajaran Harian
“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”
Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian :
Kumpulan sasaran (Kelas)
Tarikh dan masa
Mata pelajaran
Tema/Tajuk
Bidang pembelajaran
Tujuan
Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
Konsep utama
Bahan, pealatan dan bahan sumber.
Langkah keselamatan/berjaga-jaga
Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penaksiran dan penilaian pembelajaran.


Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-

  • Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
  • Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
  • Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
  • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
  • Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran  yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
  • Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
  • Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  • Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  • Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

2 comments: