expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass '>

Saturday 6 October 2012

REKA BENTUK KURIKULUM



PENGENALAN 
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum  yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). 

REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA 


MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM 

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
                Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)


MAKSUD KURIKULUM
  • Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.
  • Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan.  (Wikipedia, ensiklopedia bebas).
  • Kurikulum berasal daripada perkataan Latin “currere” maksud “race course” atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.
  • Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.
  •  Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

    KONSEP KURIKULUM 
  • Dokumentasi khas dan panduan.
  • Tumpuan kepada kaedah penyampaian.
  • Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran
  • Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.
  • Konsep yang tersirat.

    MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM
  • Garis panduan dan penentu sempadan ilmu. 
  • Penyampaian maklumat ikut peringkat. 
  • Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.  
  • Membina modal insan abad ke 21.  
  • Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S) 
  • Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu. 
  • Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM
  •  Idealisme - Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.
  • Realisme - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat.
  • Paramatisme - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.
  • Perianelisme - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.
  • Essentialisme - Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran.
  • Progressivesme - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.
  • Rekonstrutionalisme - Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu. 
  • Eksistentialisme - Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA 
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.
Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan  Modal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna. 

HALA TUJU KURIKULUM

1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan.
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah
           rendah.
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan.
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah
           rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.
           Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di
           Tahun 5 dan 6 sekolah rendah 


TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA 
Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan kurikulum persekolahan  sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. 
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”     (1988 – Falsafah Pendidikan Negara)
              Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat pembangunan manusia dan Negara. 


KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau
kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanakkanak.Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.


No comments:

Post a Comment