expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass '>

Sunday 7 October 2012

PERANCANGAN PENGAJARAN GURU






"By failing to prepare, you are preparing to fail"

- Benjamin Franklin






Berdasarkan pepatah ini, maka bererti bahawa sesuatu perancangan itu amat memainkan peranan penting terutamanya dalam bidang perguruan. Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang sesuatu projek, misalnya.
Di dalam  tajuk ‘ Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah’ ini, bakal dihuraikan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester, Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian, Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester serta Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
            Setiap daripada  insan yang bergelar seorang guru amat menyedari bahawa setiap pengajaran yang bakal dilaksanakan perlulah melalui proses perancangan terlebih dahulu. Tidak kira sama ada guru tersebut telah berpengalaman lama mahu pun guru yang baru, perlulah membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaan dalam pengajarannya seterusnya dapat mencapai objektif sesuatu kurikulum.
Berikut ialah kerangka konsep di bawah tajuk ‘Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah’ :

 PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.




“ 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua,Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir”

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan
sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999




Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi hal-hal yang berikut :

1.Skop kemahiran bagi setahun
2.Senarai kemahiran-kemahiran
3.Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
4.Rujukan sukatan pelajaran.

Persoalannya mengapakah Rancangan Pengajaran Tahuanan/Semester ini amat penting bagi seseorang pelaksana kurikulum? Mengapakah dokumen ini amat dititkberatkan oleh kementerian? Menjawab persoalan ini ialah :
  •  Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. 
  • Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam  sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu. 
  • Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-murid. 
  • Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti menggambil alih  tugas guru yang sebelumnya tanpa teraba-teraba untuk meneruskan pengajaran. 
  •  Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan.
  •  Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah



1.2 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Defenisi Rancangan Pelajaran Harian

“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”
Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian :
ü  Kumpulan sasaran (Kelas)
ü  Tarikh dan masa
ü  Mata pelajaran
ü  Tema/Tajuk
ü  Bidang pembelajaran
ü  Tujuan
ü  Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
ü  Konsep utama
ü  Bahan, pealatan dan bahan sumber.
ü  Langkah keselamatan/berjaga-jaga
ü  Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ü  Penaksiran dan penilaian pembelajaran.

Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-
1.      Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
2.      Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
3.      Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.
4.      Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
5.      Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran  yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
6.      Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
7.      Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
8.      Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
9.      Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
10.  Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.




PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
1.4.1 Tindakan semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian.
Semasa merancang, anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini adalah bertujuan memastikan agar murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu, ianya perlu fleksibel dab boleh diubah mengikut keperluan.

Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang berikut :

Ø  Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.


Ø  Penulisan hasil pembelajaran/objektif
-          Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid.
-          Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.
-          Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar.
-          Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul terhadapa apa yang telah diajarkan.
-          Pernyataan objektif  pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria
                                            i.            Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.
                                          ii.            Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.
                                        iii.            Hasil yang akan murid perolehi.


Ø  Pemilihan isi pelajaran
Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya mempertimbangkan perkara-perkara berikut :
                                i.            Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran.
                              ii.            Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
                            iii.            Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.
                            iv.            Bahasa  yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.
                              v.            Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mengcakupi masa yang diperuntukkan.
                            vi.            Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa.


Ø  Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti, inkuiri, dan masteri. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.

Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran :-
                                i.            Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
                              ii.            Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid
                            iii.            Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
                            iv.            Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan.
                       v.            Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.
                   vi.            Berupaya mengcakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.



1 comment: