expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass '>

Monday 15 October 2012

REKA BENTUK KURIKULUM : MODEL TYLER



Model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal-saintifik yang terbaik.Buku yang bertajuk Basis Principles of Curriculum and Instruction yang diterbitkan oleh beliau(1949) telah menggariskan rasional nagi menyelidik masalah-masalah kurikulum dan pengajaran.
Tyler menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam kurikulum inkuiri seharusnya berusaha mendefinisikan :

  • Tujuan sekolah

  • Pengalaman pendidikan yang berkait dengan tujuan sekolah.

  • Organisasi pengalaman tersebut.

  • Penilaian ke atas tujuan sekolah.

TUJUAN SEKOLAH membawa maksud objektif sesebuah sekolah. Perancang kurikulum seharusnya mengenalpasti objektif umum ini dengan mengumpul data daripada tiga sumber iaitu, mata pelajaran, pelajar dan masyarakat. Setelah data berikut telah dikumpulkan dan setelah dapat mengenalpasti  pelbagai objektif umum ini, perancang kurikulum itu seharusnya memperincikannya dengan membuat saringan melalui dua tapisan iaitu falsafah sekolah berkenaan dan psikologi pembelajaran. Apa yang terhasil daripada saringan atau tapisan itu ialah objektif pengajaran yang khusus.

Seterusnya Tyler membincangkan bagaimana untuk memilih pengalaman pembelajaran yang memungkinkan objektif pengajaran tadi tercapai. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi yang dialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih berdasarkan pandanga n berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau pembangunan insan.

Berhubung tentang organisasi dan urutan pengalaman pula, Tyler mendakwa bahawa tertib atau aturan pengalaman itu seharusnya sistematik agar dapat menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum. Beliau menyatakan bahawa unsur penyusunan seperti idea, konsep, nilai dan kemahiran seharusnya disulam sebagai benang di dalam struktur  kurikulum. Unsur-unsur utama seharusnya bertindak sebagai pengurus, jalan dan kaedah pengajaran dan unsur tadi seharusnya dapat mengaitkan pengalaman dan pembelajaran yang berlainan dalam subjek yang berlainan.

Prinsip Tyler yan terakhir mengambil kira proses menilai keberkesanan proses perancangan dan perlaksanaan kurikulum. Penilaian adalah penting untuk perkembangan kurikulum mengikut pendapat Tyler. Penilaian menjadi panduan sama ada program itu harus dikekalkan atau diperbaiki.

No comments:

Post a Comment