expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass '>

Sunday 7 October 2012

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Tindakan semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian.

Semasa merancang, anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini adalah bertujuan memastikan agar murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu, ianya perlu fleksibel dab boleh diubah mengikut keperluan.
Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang berikut :

1.Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

2.Penulisan hasil pembelajaran/objektif

  • Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid.
  • Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.
             a)Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui   
                atau menghargai sesuatu yang telah diajar.
             b)Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan,
                menjelaskan, memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul terhadapa apa yang telah 
                diajarkan.
  • Pernyataan objektif  pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria

            a)Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.
            b)Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.
            c)Hasil yang akan murid perolehi.

3.Pemilihan isi pelajaran
Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

  • Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran.
  • Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
  • Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.
  • Bahasa  yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.
  • Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mengcakupi masa yang diperuntukkan.
  • Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa.

4.Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti, inkuiri, dan masteri. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.

Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran :-

  • Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
  • Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid
  • Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
  • Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan.
  • Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.
  • Berupaya mengcakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.

 
Kaedah ialah suatu tindakan yang bersistematik dan berurutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sessuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun.
Contoh-contoh kaedah ialah simulasi, tunjuk cara, kuiz dan sebagainya.

Manakala teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

No comments:

Post a Comment